SIMPANAN DANA PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Khamis, 22 November 2018

SIMPANAN DANA PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA

Simpanan dana pendidikan untuk masa depan anak-anak anda, pada masa kini nilai wang semakin lama semakin kecil, dan tekanan ekonomi mungkin akan memaksa anda untuk membuat simpanan bagi membiayai pendidikan anak-anak anda pada masa depan.


Risau anda tidak mampu untuk menanggung kos pendidikan anak anda dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat? Sama ada untuk pengajian dalam atau luar negara, anda boleh rancang pendidikan anak anda dengan senarai pelan simpanan ini mulai sekarang!

Dalam satu kaji selidik yang dilakukan, Malaysia berada di tangga kelima sebagai negara termahal untuk melanjutkan pendidikan tinggi. Kaji selidik ini juga melaporkan ibu bapa di Malaysia membelanjakan lebih separuh dari pendapatan mereka untuk pendidikan tinggi anak mereka. Kaji selidik tersebut mengambilkira nisbah pendapatan ke kos pendidikan, dan didapati rakyat Malaysia membelanjakan 55% dari gaji untuk membiaya anak mereka ke universiti.

Jangan risau, anda tidak perlu berada di dalam golongan statistik tersebut. Pertama, anda perlu membuat anggaran kos pendidikan anak anda. Jangan lupa untuk ambil kira kesan inflasi ke atas simpanan atau pelaburan tersebut. Dengan anggaran tersebut sebagai asas, anda boleh tetapkan jumlah sasaran dan rancang tindakan terbaik untuk mencapai jumlah tersebut. Terdapat pelbagai pilahan simpanan untuk pendidikan, tetapi berikut antara pelan terbaik.

Insurans dengan pelaburan pendidikan

Kebiasaanya, insurans sering dikaitkan dengan perlindungan untuk diri, kesihatan, dan banyak lagi, tetapi ada juga insurans yang turut menyertakan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Ia kombinasi yang bagus kerana memberikan perlindungan dan juga pelaburan untuk anak anda. Kebanyakan syarikat insurans seperti Prudential Malaysia, AIA Malaysia, dan juga bank menawarkan pelan insurans seperti ini. Ada dua jenis insurans pendidikan yang ditawarkan:

Polisi Endowmen:

  • Menggabungkan pelan simpanan dengan perlindungan
  • Berbentuk sertaan (participating) atau tanpa sertaan (non-participating)
  • Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan, tetapi semua faedah insurans tetap dijamin sepenuhnya.
  • Untuk pelan sertaan, hanya sebahagian faedah insurans yang dijamin, dan jumlah penuh faedah pada tempoh matang insurans tidak akan dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi syarikat insurans


Polisi Pelaburan

  • Menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku pemegang polisi.
  • Menawarkan fleksibiliti: anda boleh menambah jumlah bayaran premium bulanan jika pendapatan anda meningkat.
  • Pemegang polisi boleh memilih jenis pelaburan. Tetapi, risikonya lebih tinggi, dan tidak ada jaminan pulangan. Pulangan boleh menjadi lebih tinggi atau lebih rendah dari jumlah anggaran anda.


Sebelum anda ingin memilih polisi insurans, pastikan:

Tentukan berapa jumlah wang yang anda ingin peruntukan untuk pendidikan anak anda.
Pastikan anda mampu membayar premium insurans kerana ianya merupakan komitmen jangka panjang.

Pilih polisi yang menawarkan anda fleksibiliti untuk meningkatkan simpanan anda.
Setelah anda memilih polisi yang sesuai, sentiasa ambil tahu perkembangan simpanan anda untuk memastikan matlamat simpanan anda tercapai. Pulangan sebenar yang diisytihar oleh syarikat insurans mungkin berbeza dari anggaran awal, bergantung kepada prestasi semasa. Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 3,000 jika anda mendapatkan insurans pendidikan untuk anak anda.