Skim perlindungan untuk pekerja yang diberhentikan- Perkeso Employment Insurance Scheme (EIS/SIP) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 31 Oktober 2018

Skim perlindungan untuk pekerja yang diberhentikan- Perkeso Employment Insurance Scheme (EIS/SIP)

Skim perlindungan untuk pekerja yang diberhentikan- Perkeso Employment Insurance Scheme (EIS/SIP) 


EIS telah dikuatkuasakan bermula pada januari 2018 untuk memberikan perlindingan kepada pekerja yang dibunag kerja ataupun dipaksa berhenti oleh majikan mereka. selain daripada itu, EIS ini juga adalah untuk membantu pekerja tersebut bantuan kewangan dan juga bantuan latihan untuk memcari pekerjaan bahariu.







Siapa yang perlu bayar ?

1) Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
2) Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
3) Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

Apa kelayakan untuk tuntut?

Semua pekerja swasta / pencarum yang kehilangan pekerjaan layak memohon bantuan kewangan, kecuali:

  • Perletakan jawatan secara sukarela
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
  • Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat;
  • Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
  • Persaraan; atau
  • Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.
  • Bantuan kewangan akan diberi selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.


Bagaimana Cara Untuk Tuntut?

1) permohonan SIP boleh dibuat secara online di laman web Perkeso dengan mendaftar diri sebagai pencari kerja dan mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan.
2) Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
3) Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucar dan pemindahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

Bagi pekerja yang melanggar peraturan dan didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum RM10,000.

LIPUTAN

TAKRIF LIPUTAN

1) Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

2) Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

3) Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

4) Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

KADAR CARUMAN

1) Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

2) Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN

Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:

  • Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
  • Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
  • Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
  • Persaraan orang berinsurans ; atau
  • Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
  • Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.


      Kadar Caruman


Lihat juga