SEMAKAN DAN PEMBAYARAN SAMAN JPJ DAN TRAFIK SECARA ONLINE - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Ahad, 26 Ogos 2018

SEMAKAN DAN PEMBAYARAN SAMAN JPJ DAN TRAFIK SECARA ONLINE

Semakan dan pembayaran saman JPJ dan Trafik secara Online, Kini, anda sudah boleh membuat semakan saman tertunggak dan pembayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Automated Enforcement System (AES) secara ONLINE atau pun SMS.

Jika sebelum ini anda masih bersusah payah untuk pergi ke jabatan berkenaan dan beratur panjang di kaunter pembayaran, anda berada di laman yang tepat! Kerana dalam artikel kali ini, saya akan memberikan panduan tentang bagaimana melakukan semakan dan pembayaran saman secara online dengan mudah dan pantas.

 Ada beberapa portal semakan yang disediakan untuk memudahkan pengguna menyemak dan membayar saman secara online termasuklah:-

1. Check Saman JPJ

Portal ini membolehkan anda untuk menyemak senarai saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran.
Sila layari laman http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman kemudian anda diminta untuk membuat pilihan sama ada untuk carian NO. ID SAHAJA atau NO. ID DAN NO. KENDERAAN
Sila pilih kategori ID dan isi No. ID dan No. Kenderaan berikutan dengan kod sekuriti yang dipaparkan
→ Kemudian, klik Semak. Seterusnya, anda akan diberikan paparan keputusan jumlah saman anda.

2. SSO PDRM

Portal Sistem Semakan Online ini ditubuhkan oleh PDRM untuk membolehkan anda menyemak status saman trafik, status report saman polis dan saman yang berkaitan. Namun, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat semakan.

→ Layari laman web https://sso.rmp.gov.my/ dan klik pada butang Pendaftaran Baru kemudian buat pendaftaran secara pengguna baru

Kemudian, setelah selesai mebuat pendaftaran, anda boleh log masuk untuk pengguna sedia ada
Klik pada butang Status Saman setelah berjaya log in ke dalam Sistem SSO
Seterusnya anda boleh membuat semakan sama ada menggunakan No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda

3. MyEG Services

Melalui portal ini, anda boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ, PDRM dan AES. Anda hanya perlu membuat pendaftaran sebelum membuat semakan di portal ini
Layari laman web https://www.myeg.com.my/ dan klik pada butang Register untuk membuat pendaftaran baru

Setelah mendaftar, masukkan ID atau Username dan Password yang telah dibuat
Kemudian, Klik e-Services di paparan MENU dan buat pilihan saman yang hendak di semak sama ada PDRM atau JPJ 
*bagi saman AES, sila pilih JPJ
Seterusnya, anda akan dapat menyemak senarai saman dan membuat pembayaran yang dikenakan

Lihat Juga:

4. Rilek e-Services

Portal ini membolehkan anda untuk menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM. Anda hanya perlu membuat pendaftaran sebelum boleh membuat semakan.
→ Sila ke laman web https://www.rilek.com.my/ dan klik Register untuk membuat pendaftaran kali pertama

Setelah mendaftar, log masuk seperti biasa menggunakan e-mail dan password telah dibuat
Kemudian, klik menu Dropdown Search By dan sila buat pilihan kaedah semakan
Sila isi maklumat yang diperlukan dan klik NEXT
Seterusnya, anda akan dipaparkan senarai saman yang dikenakan. Anda juga boleh membuat pembayaran terus di portal ini tetapi hanya untuk perbankan internet Maybank, CIMB dan RHB.

Pada masa kini, semuanya menjadi mudah untuk berurusan, jika dulunya kita terpaksa ke kaunter pembayaran untuk membayar Saman. Semoga info ini berguna kepada anda yang ingin membayar saman.