PERMOHONAN DAFTAR i-Suri KWSP BAGI SURI RUMAH/BALU DAN IBU TUNGGAL - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Jumaat, 17 Ogos 2018

PERMOHONAN DAFTAR i-Suri KWSP BAGI SURI RUMAH/BALU DAN IBU TUNGGAL

Permohonan daftar i-Suri KWSP bagi suri rumah/Balu/Ibu Tunggal kini telah dibuka. bermula pada 15 Ogos 2018 kesemua cawangan KWSP di seluruh Malaysia dibuka kepada mereka untuk pendaftaran i-Suri.



kepada suri rumah/balu/ibu tunggal yang didaftarkan di pangkalan data kemiskinan Nasional (eKASIH), mereka layak untuk menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM 5.00 sebulan.

Program i-Suri adalah merupakan salah satu Insentif Khas dari Kerajaan bagi mereka suri rumah yang berkelayakan untuk membuat caruman seperti ahli KWSP. Dasar ini adalah salah satu manifesto parti Pakatan Harapan untuk Pilihanraya umum ke-14.

Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.

Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah 2018 (eKasih) 

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Pendaftaran i-Suri 2018 yang meliputi cara pendaftaran, manfaat dan syarat kelayakan ahli KWSP/i-Suri :

Syarat Kelayakan Ahli KWSP

Berikut adalah golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih termasuk :

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • KIR Wanita: Balu, bercerai atau bujang
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun

Lihat Juga:
Semak harga Roadtax di Malaysia
Pendaftaran Haji menggunakan caruman KWSP
Permohonan dan daftar (ekasih)

Manfaat Ahli KWSP

Antara manfaat yang diperolehi oleh ahli KWSP adalah seperti berikut :

Dividen tahunan
Bantuan hilang upaya
Bantuan kematian
Pengeluaran simpanan
Perlepasan cukai

Pembayaran Caruman KWSP

Pembayaran caruman KWSP bagi i-Suri boleh dibuat menerusi tiga cara seperti berikut :

Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSPT
Tunai atau cek di kaunter panel bank  KWSP
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik

Untuk maklumat berkenaan i-Suri,sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi
Pusat Pengurusan Perhubungan 03-8922600


.