Panduan yang betul mengaktifkan internet banking MAYBANK2U
Dalam meniti arus kemodenan ini, hampir semua kegiatan harian kita boleh dilakukan melalui jaringan internet termasuklah kaedah perbankan. Kaedah perbankan kini semakin maju dan hampir semua bank yang ada di Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan secara online. Malaysian Banking (Maybank) merupakan salah satu platform perbankan yang terkenal di Malaysia juga menyediakan sistem perbankan online yang dinamakan Maybank2u.
Langkah-langkah mendaftar dan mengaktifkan akaun Maybank2u
Cara mendaftar nombor telefon untuk TAC akaun Maybank2u adalah seperti berikut:-
1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat yang menyediakan kemudahan mesin ATM dan masukkan kad ATM anda seperti biasa
2. Pilih MAYBANK2U/PHONE BANKING/ATM SMS ALERT di paparan menu utama
3. Pilih KEMASKINI TEL. BIMBIT M2U ACC
4. Masukkan nombor telefon anda untuk didaftarkan dan pastikan ia disemak dan betul. Tekan YA dan urusan pendaftaran telefon bimbit sudah selesai
Cara-cara mengaktifkan akaun Maybank2u secara online adalah seperti berikut:-
1. Layari website https://www.maybank2u.com.my/ dan klik pada Register Now
2. Masukkan no. Kad ATM anda (12 nombor) dan masukkan nombor pin 6 angka (nombor pin kad ATM anda)
3. Paparan seterusnya akan meminta anda untuk melengkapkan butiran yang diperlukan iaitu:-
i) Username (Nama Pengguna)
ii) Password (Kata Laluan)
iii) Confirm Password (Pengesahan Kata Laluan)
iv) E-mail anda
v) TAC (Nombor TAC) klik Request For TAC seterusnya nombor TAC akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda kemudian masukkan 6 digit TAC tersebut
**Setiap urusan perbankan yang dilakukan melibatkan pengeluaran duit, Maybank2u akan menghantar TAC ke nombor telefon anda untuk mengesahkan urusan tersebut. Setiap urusan yang dilakukan menggunakan TAC yang berbeza. Oleh itu, anda perlu sentiasa berwaspada namun, online banking adalah selamat selagi Username, Password tidak diketahui dan telefon bimbit tidak dicuri.
4. Klik Next
5. Setelah selesai membuat pemilihan gambar untuk keselamatan dan menjawab kesemua soalan, sila klik Done
6. Paparan seterusnya akan menunjukkan Succesful bermaksud anda sudah berjaya mendaftar dan mengaktifkan akaun Maybank2u anda, seterusnya anda boleh menggunakan Username dan Password yang telah didaftarkan tadi untuk login ke akaun Maybank2u anda
Sekarang anda sudah boleh login dan melakukan pelbagai transaksi dengan mudah, hanya pergi ke laman web https://www.maybank2u.com.my/ klik Login, masukkan Username seterusnya sahkan gambar dan phrase yang terpapar adalah betul kemudian masukkan Password anda. Kini, anda sudah boleh melakukan transaksi seperti pemindahan wang, pembayaran, pembelian top up dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi Maybank di App Store bagi pengguna iOS dan Playstore bagi pengguna Android.