Panduan memohon Debt Management Programme (DMP) bagi anda yang mempunyai masalah hutang seperti pinjaman peribadi daripada bank, kredit kad dan lain-lain lagi. dan ingin mendapatkan bantuan AKPK untuk menyelesaikan masalah hutang anda.
Debt Management Programme (DMP) merupakan satu program dibawah Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pelanggan yang bermasalah dalam menyelesaikan bebanan hutang. Program ini akan membimbing pelanggan dan memberikan jalan untuk menguruskan dan menyediakan pelan untuk melakukan pembayaran semula pinjaman secara peribadi.
Lihat juga : Bantuan agensi kaunseling dan pengurusan kredit kepada rakyat Malaysia
Setiap individu yang mengalami masalah dalam penyelesaian hutang secara peribadi amat digalakkan untuk menyertai program DMP dengan memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.
Ciri-ciri yang ditetapkan tersebut ialah:-
1. Tidak muflis
2. Tidak berada dibawah tindakan undang-undang
3. Mempunyai sumber pendapatan yang bersih
4. Pinjaman tidak melebihi RM2 Juta
Panduan memohon ke program Debt Management Programme (DMP)
i) Anda perlu melakukan pendaftaran secara online melalui Portal Pelanggan AKPK di laman web www.akpk.com.my
ii) Anda diminta untuk melengkapkan maklumat seperti kad pengenalan, nombor telefon, tarikh lahir serta jantina dan E-mail yang aktif
Membuat permohonan
i) Login semula ke Portal Pelanggan AKPK di laman web www.akpk.com.my
ii) Isi jawapan untuk Pra-DMP
iii) Anda diminta untuk mengisi maklumat peribadi
iv) Anda diminta lengkapkan butiran pendapatan dan perbelanjaan bulanan and serta butiran pinjaman yang telah dibuat
Menyemak semula draf
i) Anda perlu menyemak semula butiran yang telah dilengkapkan tadi dan pastikan kesemua maklumat tersebut tepat dan sah. Kemudian, anda perlu klik Submit untuk menghantar permohonan anda
Menetapkan tarikh untuk bertemu kaunselor
i) Ini merupakan langkah terakhir iaitu anda perlu menetapkan tarikh untuk mendapatkan sesi kaunseling bersama kaunselor AKPK untuk menyempurnakan permohonan anda.
ii) Anda diingatkan agar tidak lupa untuk membawa dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri sesi kaunseling. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:-
*Salinan kad pengenalan
*Penyata pendapatan yang terkini
*Penyata KWSP terkini
*Penyatan CCRIS terkini
*Dokumen perundangan (jika ada sahaja)
*Lain-lain dokumen yang terpakai seperti pengesahan doktor terhadap penyakit kritikal, sijil kematian pasangan, bil utiliti, penyata akaun simpanan peribadi
Sesi kaunseling
i) Kaunselor akan menilai semula butiran pendapatan, perbelanjaan dan pinjaman anda untuk melakukan pelan pembayaran balik bulanan mengikut kemampuan anda
Pengaktifan DMP
i) Anda perlu membuat pembayaran pertama dalam tempoh 10 hari setelah permohonan anda lulus (dihantar melalui E-mail)
• Pengesahan kemasukan ke program DMP
i) Anda perlu memuat turun surat tawaran di Portal Pelanggan AKPK di laman web www.akpk.com.my
Dapatkan info daripada sumbermalaysia.com