PANDUAN DAN SEMAK ONLINE PERMOHONAN i-suri KWSP - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 20 Ogos 2018

PANDUAN DAN SEMAK ONLINE PERMOHONAN i-suri KWSP

Panduan dan semak online permohonan i-Suri KWSP, i-Suri iaitu skim Intensif Suri Rumah yang ditubuhkan kerajaan untuk suri rumah yang telah berdaftar dalam sistem e-Kasih. Pada 15 Ogos 2018 yang lalu, suri rumah, balu dan ibu tunggal yang layak boleh membuat pendaftaran untuk i-Suri dengan berkunjung ke mana-mana cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.

Pada peringkat awal ini, hanya individu yang memenuhi ciri-ciri sahaja layak untuk menyertai skim ini. Ciri-ciri tersebut termasuklah:-
i. Suri rumah yang telah berdaftar dalam sistem e-Kasih termasuk isteri ketua rumah, ketua rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal dan bujang
ii. Warganegara Malaysia
iii. Tidak melebihi umur 60 tahun
iv. Mempunyai akaun KWSP dan boleh mencarum sebanyak RM 5 sebulan untuk melayakkan menerima caruman dari kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan ke akaun KWSP masing-masing

Setiap individu yang menepati kelayakan akan menikmati kebaikan yang sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan untuk simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60 serta bantuan hilang keupayaan dan bantuan untuk musibah kematian.
Skim ini adalah untuk menjaga kebajikan golongan wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan sebagainya untuk menyediakan simpanan kegunaan di masa hadapan nanti.

Seperti yang dimaklumkan kerajaan, skim ini akan dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu:-

lihat Juga:
Permohonan Daftar i-suri
permohonan Daftar i-saraan
Pinjaman Latihan kemahiran Lepasan Sekolah

FASA 1 – 15 Ogos 2018

Kerajaan akan membuat caruman sebanyak RM 40 ke dalam akaun KWSP setiap suri rumah yang layak dan sekurang-sekurangnya boleh mencarum RM 5 ke akaun KWSP masing-masing.
Pada tahun ini bermula Ogos hingga Disember, setiap suri rumah yang layak akan menerima caruman sebanyak RM 200 daripada kerjaan dan bagi tahun-tahun seterusnya, pihak kerajaan akan meningkatkan caruman sebanyak RM 480 setahun.

FASA 2

Fasa ini disasarkan akan dilaksanakan pada tahun 2019 di mana kerajaan akan mencarum sebanyak RM 50 sebulan iaitu RM 40 akan dicarum ke dalam akaun KWSP dan RM 10 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Dengan itu, setiap suri rumah akan mendapat perlindungan dan manfaat daripada PERKESO seperti manfaat kematian, hilang keupayaan dan bantuan dalam perubatan.

FASA 3

Fasa ini pula disasarkan akan mula dilaksanakan pada tahun 2020 juga merupakan fasa terakhir yang akan membolehkan suami untuk mencarum 2% daripada sumbangan KWSP ke akaun isteri berserta caruman daripada kerajaan.

PANDUAN MENDAFTAR DAN MENYEMAK i-SURI SECARA ONLINE
1. Semak status di laman portal e-Kasih
Langgan website e-Kasih di www.ekasih.icu.gov.my, masukkan no. IC anda kemudian tekan Klik Untuk Cari. Anda akan dimaklumkan sekiranya no. Ic anda wujud dalam sistem ataupun tidak.
2. Berkunjung ke cawangan KWSP untuk mendaftar skim i-Suri KWSP
Setelah anda telah sah status dalam sistem e-Kasih, bawa kad pengenalan anda dan pergi ke kaunter KWSP untuk melakukan pendaftaran skim i-Suri
3. Caruman RM 5 setiap bulan
Anda perlu mencarum minimum RM 5 sebulan untuk melayakkan anda mendaftar skim i-Suri KWSP. Ia bertujuan untuk melatih anda mnyimpan ke akaun anda sendiri untuk kegunaan di hari tua di samping hanya bergantung kepada caruman kerajaan.
Caruman boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuklah:-
i. Tunai atau cek di kaunter KWSP
ii. Tunai atau cek di kaunter panel Bank KWSP (Maybank, RHB, Public Bank atau BSN)
iii. Melalui perbankan online yang dilantik (Maybank atau Public Bank)


Lihat Juga sumbermalaysia.com