Panduan dan cara memohon lesen memandu kenderaan 2018/2019, Sekiranya anda baru sahaja berhasrat untuk mengambil lesen memandu kenderaan dan tidak tahu hendak bermula dari mana, di bawah saya akan terangkan dengan jelas tentang cara-cara untuk memohon lesen memandu kenderaan.
Pertama sekali, anda perlu memastikan bahawa anda sudah cukup umur untuk layak memohon lesen kenderaan yang ingin diambil sebelum anda mendaftar ke mana-mana sekolah memandu. Had umur untuk lesen motosikal ialah genap 16 tahun manakala genap 17 tahun untuk lesen kereta. Anda perlu berhati-hati dalam memilih sekolah memandu kerana zaman moden kini terlalu ramai pihak ketiga yang menggunakan pelbagai helah untuk menyeleweng duit pelanggan. Oleh itu, anda harus memilih sekolah memandu yang sah dan pastikan anda berurusan terus dengan pengusaha sekolah tersebut untuk berbincang mengenai harga, kemudahan pengangkutan yang ada, jumlah jam pembelajaran dan segala tawaran yang diberikan. Anda perlu memastikan bahawa tiada caj tersembunyi atau tambahan yang dikenakan tanpa pengetahuan anda sebelum bersetuju dengan mana-mana sekolah memandu.
Lihat juga:
Harga Lesen Memandu 2018
• Motosikal (B2) – RM350
• Kereta Manual (D) – RM1, 150
• Kereta Automatik (DA) – RM1, 250
Namun, untuk kepastian anda boleh buat pengesahan harga lesen memandu di sekolah memandu yang berhampiran atau yang sudah anda pilih.
Seterusnya, setelah berdaftar di sekolah memandu, anda perlu menghadiri beberapa kursus yang wajib termasuklah:-
1. Kursus 5 jam K.P.P iaitu Kursus Pendidikan Pemandu
- Kelas ini biasanya bermula pada waktu pagi pukul 9:30 dan selesai pada waktu pertam pukul 4:00, oleh itu anda perlu memilih hari yang sesuai dengan jadual harian anda. Anda perlu sedia maklum untuk sentiasa berpakaian kemas dan sopan serta memakai kasut sepanjang tempoh pembelajaran. Melalui kursus ini, anda akan menerima Sijil K.P.P yang sah laku selama setahun.
2. Ujian undang-undang berkomputer
- Ujian ini amat penting kerana anda perlu lulus ujian ini sebelum boleh mengikut ke kelas seterusnya. Ujian ini boleh diambil selepas 3 hari menghadiri Kursus K.P.P dan boleh menduduki ujian ini di mana-mana pusat ujian yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda gagal ujian ini, anda perlu mengulang semula ujian sehingga lulus dan baru boleh ke kelas seterusnya. Anda juga akan dikenakan bayaran untuk menduduki ujian ini semula. Markah untuk lulus ujian ini adalah 42/50. Setelah anda lulus, anda akan menerima sijil yang sah laku selama setahun.
3. Kursus Pra L
- Kursus ini terbahagi kepada dua iaitu teori selama 3 jam dan amali juga selama 3 jam. Melalui kursus ini, anda akan memperoleh sijil JPJL2B serta anda juga akan mendapat Lesen L seminggu selepas anda menghadiri kursus ini. Dengan itu, anda akan layak untuk belajar memandu secara praktikal.
4. Ujian Pra Kelayakan atau Q.T.I
- Anda perlu menduduki ujian ini untuk membolehkan anda menuduki ujian seterusnya iaitu ujian praktikal J.P.J. Ujian ini akan dikendalikan oleh penguji yang sah dari sekolah memandu anda. Para penguji akan menilai kebolehan anda dalam tahap pemantauan anda. Sekiranya anda gagal, anda akan diminta untuk belajar semula sebelum mengulangi ujian tersebut.
5. Ujian Praktikal J.P.J
- Bagi ujian ini, pihak J.P.J akan menghantar penguji untuk menguji anda. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-dua bahagian tersebut untuk mendapat lesen P. Untuk sedia maklum, sekiranya anda gagal anda perlu membayar caj tambahan yang dikenakan untuk mengulangi semula ujian dan kelas-kelas belajar memandu.
Setelah anda lulus, anda akan diminta untuk menyerahkan butiran yang diperlukan kepada sekolah memandu anda. Butiran yang perlu disediakan ialah:-
i. Sekeping gambar
ii. Sekeping salinan IC
iii. Sekeping salinan Lesen L
Anda akan mendapat Lesen P anda lebih kurang seminggu setelah anda menyerahkan butiran tersebut kepada pihak sekolah memandu anda.
Dapatkan info pendidikan di Malaysia mypendidikanmalaysia.com

- Kemasukan JPJ Malaysia
- Semakan Harga Roadtax di Malaysia
- Cara renew Insurans kereta di malaysia
- Permohonan Online PTPTN terkini