CARA PERMOHONAN DAFTAR i-saraan KWSP GRAB MALAYSIA BAGI PEMANDU GRAB DI MALAYSIA - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Jumaat, 17 Ogos 2018

CARA PERMOHONAN DAFTAR i-saraan KWSP GRAB MALAYSIA BAGI PEMANDU GRAB DI MALAYSIA

Cara permohonan daftar i-saraan KWSP GRAB Malaysia bagi pemandu Grab di Malaysia. Melalui memorandum persefahaman(MOu) antara KWSP dan Grab Malaysia pada 9 Ogos 2018. Pemandu Grab boleh membuat caruman sendiri melalui caruman insentif persaraan (i-saraan).


Melalui program simpanan sukarela KWSP ini. pemandu grab akan menerima manfaat yang setaraf dengan pencarum KWSP yang lain. Dengan mencarum kepada skim KWSP, pemandu Grab boleh menikmati pelbagai manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan mereka, pelepasan cukai, bantuan kematian, dan akses kepada Khidmat Nasihat Persaraan KWSP tanpa sebarang kos yang dikenakan. Di samping dividen tahunan dan pelbagai manfaat, Kerajaan akan menyumbang 15 peratus daripada jumlah caruman tahunan tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun sehingga tahun 2022 bagi ahli di bawah umur 55 tahun.

Berkuatkuasa 16 Ogos 2018 juga, Grab Malaysia akan memberikan sumbangan sebanyak lima 5 peratus ke atas jumlah yang dicarum oleh pemandu terpilih tertakluk kepada jumlah maksima iaitu RM80 setahun, sebagai tambahan insentif yang diberikan oleh Kerajaan.


Cara Permohonan Daftar i-saraan KWSP

pemandu Grab yang ingin mencarum boleh ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran dengan anda untuk melengkapkan proses permohonan. 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Lihat Juga;

Tentang Grab

Grab ialah salah satu platform Dalam Talian ke Luar Talian (O2O) mudah alih pilihan utama di Asia Tenggara, yang menyediakan perkhidmatan harian yang paling penting kepada pengguna. Berulang-alik, makan, hantar barangan dan buat pembayaran dengan hanya satu e-dompet. Grab percaya bahawa setiap warga Asia Tenggara perlu menikmati sepenuhnya manfaat ekonomi digital, dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk menyediakan akses yang selamat serta berpatutan terhadap perkhidmatan pengangkutan, penghantaran barangan dan makanan, kewangan dan pembayaran mudah alih. Grab kini menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.grab.com

Manfaat Ahli KWSP

Antara manfaat yang diperolehi oleh ahli KWSP adalah seperti berikut :

Dividen tahunan
Bantuan hilang upaya
Bantuan kematian
Pengeluaran simpanan
Perlepasan cukai

Pembayaran Caruman KWSP

Pembayaran caruman KWSP bagi i-saraan boleh dibuat menerusi tiga cara seperti berikut :

Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSPT
Tunai atau cek di kaunter panel bank  KWSP
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik

Untuk maklumat berkenaan i-saraan ,sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi
Pusat Pengurusan Perhubungan 03-8922600