Bantuan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) kepada rakyat Malaysia - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Jumaat, 3 Ogos 2018

Bantuan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) kepada rakyat Malaysia

Bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kepada Rakyat Malaysia. Adakah anda mengalami masalah dalam menyelesaikan bebanan hutang? Pelbagai cara sudah anda usahakan tetapi masih tidak ada jalan penyelesaian?

Jangan risau, kerana sebentar lagi anda akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik dan mudah. Pernahkah anda pernah mendengar tentang AKPK?


 AKPK iaitu Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu setiap individu menguasai situasi semula kewangan mereka dengan lebih baik sekaligus membentuk individu dalam penggunaan kredit secara bijak dan berhemah.


Lihat Juga: Panduan memohon Debt Management Programme(DMP) AKPK

Perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK kesemuanya percuma untuk membantu dalam usaha meningkatkan keupayaan kewangan pengguna di Malaysia dalam menyelesaikan isu-isu seperti bebanan hutang dan kebankrapan.

1. Pendidikan Kewangan (PK)

Mendidik individu tentang tanggungjawab penggunaan wang dan cara pengurusan kredit
Memberikan pendidikan asas tentang pengurusan wang secara bijak
Memberikan tips meminjam dan penggunaan kredit secara berhemah
Pendidikan ini diusahakan melalui program-program seperti bengkel, pameran dan promosi melalui media massa

2. Kaunseling Kewangan (KK)

Kaunselor akan memberi nasihat berkenaan pengurusan kewangan termasuklah tentang bajet, pengurusan wang dan penggunaan kredit kepada pelanggan secara berseorangan dan bersemuka
Kaunselor menyediakan pelan dan menganalisis status kewangan dan memberikan jalan penyelesaian untuk memulihkan kedudukan kewangan pelanggan
Pelanggan tidak perlu membuat temu janji untuk sesi kaunseling, hanya perlu rujuk jadual sesi seperti di bawah:


3. Program Pengurusan Kredit (PPK)

Program bertujuan membimbing dan membantu individu yang mepunyai masalah dalam bebanan hutang untuk mestruktur dan mengurus jadual dalam pembayaran balik bulanan mengikut kemampuan
Pelan pembayaran hutang akan disediakan melalui hasil rundingan dengan penyelia kredit yang terlibat

Kriteria kelayakan PPK

Syarat-syarat kelayakan untuk menyertai Program Pengurusan Kredit adalah seperti berikut:-
i) Anda bukan seorang yang muflis
ii) Anda tidak mampu untuk menguruskan bebanan hutang
iii) Anda harus mempunyai sumber pendapatan yang bersih
iv) Anda tidak berada dibawah tindakan undang-undang
v) Jumlah pinjaman tidak melebihi RM5 Juta
vi) Hanya pinjaman peribadi
vii) Hanya peminjam dari penyedia perkhidmatan kewangan yang mengambil bahagian di dalam PPK sahaja

Untuk menyertai program ini, anda boleh mengisi borang permohonan online di sini https://www.akpk.org.my/my/content/423-proses-permohonan-dmp
Peminjam yang terlibat dalam program ini tidak akan diganggu oleh penyedia kredit atau pemungut hutang selama tempoh program berjalan, namun peminjam perlu berdisiplin dan bekerjasama dalam menjayakan penyelesaian hutang di bawah PPK. Selain itu, semasa dalam tempoh program, peminjam tidak boleh memohon apa-apa kemudahan kredit dari mana-mana bank.

Dapatkan info terbaru sumbermalaysia.com