"EXTRA CASH" SEBAGAI PEMANDU UBER/GRAP - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 16 April 2018

"EXTRA CASH" SEBAGAI PEMANDU UBER/GRAP

Extra cash sebagai pemandu Uber/Grap, semestinya anda ingin mencari pendapatan sampingan untuk menambahkan pendapatan isi rumah anda. pada masa kini, jika anda rajin dan boleh berusaha anda mungkin boleh mendapat pendapatan yang lebih unutk menyarah keluarga anda.



Jika kita bandingkan keselesaan dan juga harga berbanding dengan Teksi. UBER dan GRAB adalah lebih selesa dan lebih murah. dan ianya lebih senang untuk membuat "request" di lokasi dan bila-bila masa sahaja.

Kepada yang berminat dan ingin mendapatkan pendapatan tambahan sebagai pemandu Uber / Grap. anda amat disarankan untuk melihat "detail" dibawah sebelum memohon untuk menjadi "driver Uber/Grap"


Syarat Syarat Pemandu Uber/Grab



Anda boleh memilih sama ada ingin menjadi Pemandu Grab secara sepenuh masa atau separuh masa. Pendaftaran Grab adalah percuma. Sebelum mendaftar menjadi Pemandu Grab, syarat – syarat tersebut mestilah dipenuhi, iaitu:
  • Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan
  • Mempunyai lesen memandu penuh yang sah (tidak layak untuk pemegang lesen P )
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.  50 keatas perlu pemeriksaan kesihatan 
  • Menggunakan kereta tahun 2011 ke atas sahaja
  • Nama pemandu ada dalam insuran kereta tersebut. 
Setelah itu, beberapa dokumen penting perlu disediakan dan boleh mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit. Gambar tersebut mestilah jelas.
  • Gambar muka paras dada – jangan memakai cermin mata dan sebagainya. Memegang Kad Pengenalan di bahu 
  • Kad Pengenalan (depan)
  • Lesen memandu (depan)
  • Nota perlindungan insurans kereta (pastikan ada nama anda, nombor perlindungan insurans, tarikh tamat, no kereta, model kereta, tahun pengeluaran)
  • Penyata bayaran uber dari email partnerskl@uber.com (jika anda adalah pemandu uber)
Setelah dokumen – dokumen seperti yang dinyatakan di atas telah disediakan, anda boleh meneruskan pendaftaran secara dalam talian. Langkah pertama untuk mendaftar sebagai Pemandu Grab ialah mengisi maklumat diri di laman web Grab. Anda perlu menggunakan emel yang didaftarkan di gmail sahaja. Bagi pengguna android sila gunakan emel yang sama dengan Google Playstore. Pengguna IOS gunakan emel gmail sahaja. Pastikan emel tersebut aktif dan anda mengingati katakunci emel berkenaan. Kemudian, pilih lokasi di mana anda hendak memandu. Setelah siap mengisi maklumat diri, anda hendaklah menyemak emel kerana Grab akan memberitahu anda langkah seterusnya dalam proses daftar pemandu ini. Pastikan anda boleh log masuk ke emel anda.
Langkah seterusnya adalah anda juga perlu memasukkan maklumat mengenai kereta dan akaun bank anda. Seterusnya di bahagian deklarasi, anda perlulah menjawab kesemua soalan yang diberikan. Setelah selesai, anda perlu memuatnaik semua dokumen yang diperlukan. Anda perlu memastikan kesemua gambar yang dimuatnaik adalah jelas. Kemudian, anda perlu menjawa kuiz dan soalan, Di sini, anda boleh mencuba beberapa kali sehingga mendapatkan jawapan yang betul.Setelah itu, anda boleh memuat turun aplikasi Grab Driver di Google Play secara percuma. Kemudian, sahkan dokumen dan maklumat anda. Dalam masa satu hari anda sudah boleh menggunakan aplikasi Grab driver untuk mula mengambil penumpang.
Seterusnya, anda boleh memilih untuk memandu jenis kategori atau kenderaan mana yang sesuai. Tidak semua kereta layak untuk didaftarkan sebagai kereta Grab kerana Grab juga menjaga mutu perkhidmatannya. Terdapat kereta jenis ekonomi, kereta yang mempunyai 6 tempat duduk dan premium. Bagi kategori premium, syarat – syarat khusus mestilah dipatuhi. Anda boleh menyemak senarai model kereta yang layak untuk setiap kategori yang dinyatakan di laman web Grab.
Terdapat dua teknik yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan apabila menjadi Pemandu Grab, iaitu pemandu insentif dan pemandu tambang. Pemandu insentif merupakan pemandu yang mesti mengikuti jadual yang dikeluarkan oleh grab setiap minggu supaya dapat memaksimumkan pendapatan melalui pemberian insentif dari grab. Selain itu, pemandu yang menggunakan teknik ini dapat mengumpul duit daripada tambang yang dibayar oleh penumpang.
Manakala pemandu tambang hanya mengharapkan pendapatan Grab dari tambang sahaja. Pemandu jenis ini tidak mampu untuk mengikuti jadual perjalanan untuk mendapatkan insentif. Mereka akan hanya mengambil trip yang berharga tinggi sahaja supaya dapat mengumpul wang yang banyak setiap hari. Bagi pemandu ini, Acceptance Rate perlu sentiasa dipantau dengan anggaran kadar 30% minimum setiap hujung minggu supaya akaun pemandu masih boleh digunakan. Sebagai contoh, 10 permintaan yang diterima, sebanyak 7 permintaan sahaja boleh ditolak.
Terdapat beberapa tips yang boleh membantu Pemandu Grab merancang strategi untuk menjana pendapatan yang lumayan, antaranya ialah Pemandu Grab disarankan mengambil penumpang di pusat membeli belah, stesen LRT, KLIA, KLIA2, pasaraya atau pejabat. Selain itu, Pemandu Grab disarankan tidak banyak menolak permintaan tanpa alasan yang kukuh. Jika tak mahu ambil, jangan berada dalam talian. Pastikan juga Pemandu Grab menggunakan telefon pintar yang menerima signal GPS yang kuat. Pemandu Grab boleh menyemak senarai telefon yang sesuai digunakan di laman web. Pastikan juga menggunakan holder untuk telefon supaya pemanduan nam pak mudah dan profesional. Manakala capaian internet yang bagus adalah sangat membantu melancarkan lagi kerja sebagai Pemandu Grab yang hebat
untuk mendaftar online sila ke "link" ini.