TERKINI MINYAK TURUN BAGI MINGGU INI BULAN FEB 2018 - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 21 Februari 2018

TERKINI MINYAK TURUN BAGI MINGGU INI BULAN FEB 2018

Bagi minggu terakhir bulan Feb 2018 ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak mengikut kesesuaian harga runcit minyak yang berada di Dunia pada masa kini. pada tahap ini ramai yang memuji usaha kerajaan untuk membantu penduduk-penduduk Malaysia khususnya. Penurunan Minyak ini telah membantu rakyat pada minggu ini.

Harga minyak pada minggu ini

Ron95- Turun 6 sen harga baharu- 2.17 seliter

Ron 95- Turun 7 sen harga baharu- 2.43 seliter

Diesel - Turun 6 sen harga baharu- 2.13 seliter




untuk berita ini ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahuinya, ini adalah kerana meraka boleh merancang perbelanjaan mereka pada minggu ini. dan juga tahun baharu cina baru saja disambut besar-besaran oleh rakyat Malaysia tidak kira Bangsa dan Agama dan semestinya BUDGET untuk bulan ini pun kena dirancang oleh anda.

Pada setiap minggu, minyak bakar untuk kenderaan akan berubah-ubah mengikut harga minyak Global dan ditentukan oleh KPDNKK. tetapi sehingga sekarang harga minyak tidak pernah naik sehingga 3.00 seliter, ini adalah satu lagi usaha kerajaan untuk memastikan beban yang ditanggung oleh Rakyat dapat di ringankan oleh KERAJAAN. usaha ini juga dapat dilihat apabila kerajaan telah memperkenalkan BR1M untuk membantu rakyat Malaysia.

Banyak inisiatif-inisiatif yang telah dikembangkan oleh Kerajaan untuk membantu kita, dan amat bertepatan dengan USAHA kerajaan untuk membantu Rakyat, Walaupun keadaan ekonomi sekarang ini, ramai yang kata amat teruk dan  membebankan rakyat namun, kita masih bertuah disebabkan banyak dasar-dasar kerajaan yang di perbaharui dan juga diberikan oleh kerajaan untuk memastikan setiap golongan Rakyat dapat dibantu, contohnya TN50, Dasar strategik Lautan biru , 1 Malaysia dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, pada minggu ini ambilah kesempatan untuk mengisikan minyak anda, penuhkan tangki minyak kereta anda dan berjimat-jimatlah , sebab kita tidak tahu sama ada minggu hadapan harga minyak masih seperti biasa atau akan dinaikan. dan pada hari rabu minggu hadapan harga runcit minyak yang terbaharu akan diumumkan pada 6.00pm sehingga 7.00 pm pada hari tersebut.