GALAK KADAR KELAHIRAN YANG TINGGI ADAM50 - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Khamis, 22 Februari 2018

GALAK KADAR KELAHIRAN YANG TINGGI ADAM50

Menggalakan kadar kelahiran yang tinggi selaras ke arah Negara Maju menuju kematangan Ekonomi.

Selaras usaha kerajaan untuk menggalakan kadar kelahiran yang tinggi, kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah negara memperkenalkan Dana ADAM50 untuk mengalakan bakal ibu dan bakal bapa untuk menabung demi masa depan anak-anak mereka apabila besar nanti. bagi bayi yang lahir bermula pada 1 Jan 2018 sehingga 31 december 2022 akan menerima dana tabungan sebanyak RM 200 melalui unit simpanan ASB dan Amanah Saham 1Malaysia dan duit simpanan itu hanya akan boleh dikeluarkan apabila anak tersebut mencapai 18 tahun. 

kita faham untuk menuju kematangan ekonomi dan juga untuk menjadi antara negara dalam senarai tangga 20 terbaik di dunia, kita amat memerlukan generasi-generasi yang boleh membantu Negara dari segi pelbagai aspek. dan saranan untuk menabungan untuk masa depan anak-anak adalah salah satu daripadanya.

Pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimanakah jika ingin memohon dana tersebut, anda boleh lihat di website rasmi ini ADAM50.

Sebagai sebuah negara yang mementingkan kesejahteraan Rakyatnya, kerajaan amat yakin dimana DANA ADAM50 ini boleh mendidikan rakyat menambung demi kesejahteraan keluarga mereka nanti, ini adalah satu insentif untuk menyedarkan orang ramai dan sekali gus menggalakan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang selaras menuju sebuah negara yang maju. dan secara tidak langsungnya dapat memupuk sifat menabung rakyat. bersesuaian dengan tema ADAM50,  memupuk Amalan Menabung kepada orang ramai.

Bagi meraka yang baharu berkhawin dan merancang untuk mendapatkan anak bagi melengkapkan keluarga baharu mereka, Anda seharusnya ambil peluang ini untuk memastikan masa depan anak-anak anda terjamin. kita faham semakin hari negara bertambah maju, semakin sukar untuk kita memperbaiki ekonomi rumah tangga kita. tetapi dengan insentif kerajaan ini. anda berpeluang untuk bersedia menghadapi cabaran hidup kelak. 

"Didiklah diri anda untuk masa depan yang cerah, dan juga didik lah diri anda bagi menyediakan cabaran masa hadapan" 

saban hari kerajaan kita melalui Dana dan juga dasar-dasarnya kerajaan yang banyak membantu Rakyat. dan sehingga kini kita semua berpeluang untuk menikmati insentif-insentif kerajaan bagi membantu golongan-golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. peluang ada di depan mata, ambilah peluang ini.